Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Friday, May 25
Pertama kali buat nasi tomato, tiba-tiba jatuh cinta pulak. Tak pernah masak dalam kuantiti yang banyak. Cuak juga kalau-kalau nasi mentah, tapi it turn up okey. Sedap jugak. Here's the recipe.
Nasi Tomato Cun
1/2 cawan Minyak Sapi
1/2 cawan Butter
2 paket Penumis
10 biji Bawang Kecil
2 biji Bawang Besar Kuning
10 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
4 helai Daun Pandan
2 biji Tomato (Cincang cube kecil-kecil)
Segenggam Raisin
2 tablespoon Garam
1 tin Tomato Sup Heinz
2 kilo Beras Basmathi
3 litre Air
1. Tumis Bawang Merah dahulu, Kemudian Bawang Putih. Masukkan Halia dan Penumis serentak.
2. Kemudian Daun Pandan dan bubuh air dan Tomato Cincang. Masukkan Garam.
3. Masukkan Tomato Sup.
4. Basuh beras dan campurkan sekali. Masukkan Raisin dan tanak api biasa.
5. Bila dah hampir kering, jangan sampai berkerak, masukkan ke dalam periuk kukus.
8hb Mac 2011 - hari ini aku belajar buat Swiss Roll dari Jabatan Pertanian.
tapi kita cerita pasal kek buah dulu ok...
KEK FRUITMIX BAKAR
250 gm Butter (suhu bilik) } Pukul hingga putih
250 gm Gula Kastor } dan kembang
5 biji Telur grade A } Campur dan terus pukul hingga kembang dan gebu
1 s/teh Glycerine - utk lembutkn Kek Buah/Kek Butter
1 s/teh Caramel Black - utk buat warna adunan gelap sikit
2 gm Esen Vanilla
375 gm Mix Fruit } rebus sekejap - 15 minit
250 gm Tepung - 3/4 bahagian sahaja } campur dan
5 gm Serbuk Penaik } ayak sekali
1/4 bahagian Tepung ) Gaul rata dan
1/2 bahagian mixed fruits ) fold ke dalam adunan yang dah siap dipukul
1/2 bahagian mixed fruits tu untuk tabur atas kek sebelum dibakar.
Baking tin - 6X3X3
: dinding sekililing baking tin - sapu shortening sikit-sikit je
: lantai baking tin - sapu shortening untuk lekatkan kertas minyak
: kertas minyak lebarnya tutup lantai saja tak payah sampai ternaik kat dinding (muat-muat lantai je)
: kertas tu lekatkan ke baking tin menggunakan shorterning...
: atas kertas tracing paper tak payah sapu apa-apa. Just leave it as it is.
NB: Mesin mixer on motor jangan lebih 1/2 jam
Suhu membakar atas/bawah 180'C selama 35 -40 minit
PETUA MEMBAKAR KEK - sewaktu membakar oven hanya boleh dibuka selepas 10 minit membakar...
Letak para bawah sekali. Jangan terlebih masak nanti kek keras. Kek kalau terlebih masak akan merekah
Kek yang sudah dimasak jika dibungkus seal dengan plastic atau plastic wrap (airtight), boleh tahan 1 minggu di room temperature.
Kalau dalam chiller, boleh tahan lebih lama.
Roti setiap kali kita nak naikkannya mesti ditutup dengan kain lembab supaya doh tidak menjadi keras dan kering
Tepung yang paling baik untuk membuat kek adalah TEPUNG BERPROTIN RENDAH cap Teratai Hijau diayak bersama serbuk penaik atau soda bikarbonat
Untuk kek span dan chiffon - minyak sayuran paling sesuai....
SWISS ROLL
14 biji telur - grade A )
200 gm gula kastor ) pukul hingga gebu
60 gm ovelette ) jgn kurang dari 10 minit
6 gm esen vanilla )
NB: mesin mixer yg baik boleh on hingga ½ jam
220 gm tepung )
8 gm baking powder ) ayak rata dan fold ke dlm adunan
60 gm tepung jagung )
NB: tepung gandum paket cap Cempaka adalah tepung rendah protein
200 ml minyak jagung ) masuk mesti last sekali dan putar kejap je…
Sapu shortening pada dulang untuk melekatkan kertas minyak ke dulang supaya tak beralih. Ratakan sekali tepi-tepi die..Lapisan atas kertas minyak tak payah sapu shortening.
Curah adunan ke dulang anggaran 1/2 inci tebal. Ratakan.
Bakar suhu 180'C atas/bawah 15- 20 minit sahaja. Letak para bawah sekali.
Jangan terlebih masak nanti kek keras tak boleh digulung. Kek kalau terlebih masak akan merekah.
NB: Mesin mixer - on motor jangan lebih 1/2 jam
Bakar atas/bawah 180'C
PETUA MEMBAKAR KEK - sewaktu membakar oven hanya boleh dibuka selepas 10 minit membakar...
Letak para bawah sekali. Jangan terlebih masak nanti kek keras. Kek kalau terlebih masak akan merekah
Kek yang sudah dimasak jika dibungkus seal dengan plastic atau plastic wrap (airtight), boleh tahan 1 minggu di room temperature.
Kalau dalam chiller, boleh tahan lebih lama.
PETUA MEMBAKAR KEK - sewaktu membakar oven hanya boleh dibuka selepas 10 minit membakar...
Kek yang sudah masak longkahkan tepi-tepi kek dengan pisau dan ditelangkupkan atas kertas minyak sebaik sahaja keluar daripada oven. Jangan tunggu sampai kek sejuk... nanti kek tu mendap...
Hari ni belajar buat Coconut Shake dan macamana nak buat Pearl.
KELAPA SHAKE
1 cwn Isi Kelapa Muda - (isi mesti lembut baru sedap)
½ cwn Air Gula - (1 kilo Gula + 1 litre Air + Daun Pandan)
3 scoop Aiskrim - (Vanilla flavor)
½ cwn Air Gas - (Aiskrim Soda)
Ais - (Penuhkan blender)
NB: Blender semua hingga halus. Scoopkn aiskrim. Bubuh pearl.
CARA MEMBUAT PEARL
1. Tak payah basuh.
2. Rebus 1 jam.
3. Bilas dgn air biasa.
4. Rendam ke dalam Air Gula
JELLY KELAPA
30 gm
Agar-agar (Rendam semalaman) }
3 ½ liter Air
Biasa
} masak hingga agar-agar hancur
7 helai Daun
Pandan }
½ suduteh Garam Halus } masak lagi hingga
700
gm Gula } gula larut
3 ½
liter Air Kelapa
Muda } campurkan sahaja
Sedikit Isi Kelapa
Muda } tak perlu masak lagi
Tuesday, May 22
PAU JUAL
460 g Tepung
Pau ) )
6 g Double Acting Baking Powder ) ayak )
15 g Wheat Starch ) )
) Uli sebati
7 g Yeast Saf-Instant ) )
90 g Gula Castor
) larutkan )
240 g Air ) )
30 g Shortening )
4 g Softener ) Mesti masukkan Last sekali
5 g
Minyak Canola ) dan Uli hingga Lembut
5 g Garam )
-
Terus timbang dough 55 g
-
Bulat-bulatkan
-
Masukkan inti.
-
Tak
boleh lambat nanti baking powder mati.
-
Dough mesti tutup dengan plastic supaya dough
tak kering
-
YIS YANG
BERLEBIHAN
- doh terlalu kembang kemudian kempis semula
- bentuknya tidak dapat bertahan kerana sukatan yis
tidak setimpal/sepadan dengan gluten di dalam tepung
MELARUTKAN YIS
Yis Segar dan Beku – Perlu larutkan dalam air
suam sikit sahaja
Campuran Yis sesuai digunakan jika ia mula berbuih
dan kembang
-
Perlu pecahkan yis tadi di dalam mangkuk
-
Campurkan sedikit gula (sumber makan yis)
-
Campurkan sikit
susu suam
Yis Kering (mauripan) - Perlu larutkan dalam air suam banyak
Apabila yis sudah berbuih, ia boleh digunakan.
-
Campurkan sedikit Gula
-
Kalau
nak letak susu pun boleh jugak.
-
Campuran
harus diletakan di tempat hangat untuk mengaktifkan yis.
Tuesday, March 13
Wednesday, March 7
Subscribe to:
Posts (Atom)