BISKUT KACANG TANAH
1 kilo Kacang Tanah ) bakar/buang kulit/mesin hancur
800 gm Gula Halus
1 kilo Tepung
800 gm Minyak Kelapa ) ikut lembut
Garam
- Minyak jenama NALURI EMAS.
- Guna mesin pengadun kurang guna minyak.
- Bakar biskut pada suhu atas 150'C bawah 180'C
3 kilo Kacang
3.6 kilo Tepung
2.5 kilo Minyak
2.5 kilo Gula
- Terap dan sapu dengan telur atasnya untuk kilat.
- Adunan tak boleh simpan lama mesti terap cepat
- Adunan yang terperap/lama, bakar nanti biskut akan merekah.
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Friday, May 25
Crunchy Cornflakes
Malam ni selesai buat Crunchy Cornflakes terus surf internet. Resepinya biasa saja tapi semua orang suka. Biskut ni saya jual RM25 untuk 50 pieces. Selalunya kalau orang berniaga, mereka tak akan mahu beritahu resepi mereka pada orang. But not me. I don't mind sharing the recipe. Nak buat sendiri boleh. Nak beli dengan sayapun boleh. Selamat mencuba!
![]() |
CRUNCHY CORNFLAKES
1 buku Butter (200 g - 250 g)
200 g Icing Sugar
240 g Madu
500 g Cornflakes
500 g Badam Cincang (guna yang panjang-panjang dan bakar sikit)
250 g Rice Bubbles
1. Cairkan Butter. Campurkan Icing Sugar dan Madu ke dalamnya dan gaul rata. Sejukkan sikit.
2. Dalam mangkuk lain, gaulkan Cornflakes, Badam dan Rice Bubbles.
3. Campurkan semua dan sudukan ke dalam papercups.
4. Bakar api sederhana hingga golden brown.
5. Kalau guna para oven bahagian atas sekali Crunchy Cornflakes akan masak dengan lebih cantik dan gula bahagian bawah tidak mudah hangus.
CRUNCHY CORNFLAKES MODIFIED 1 (SEDAP - terasa badam)
60 g Buttercup
60 g Madu
50 g Gula Icing
200 g Cornflake
150 g Bubble Rice
150 g Badam Potong (Kacang Pecah 2pun boleh jugak) - bakar sekejap
1) Cream Butter/Madu/Gula Icing
2) Dalam mangkuk lain campurkan Cornflake/Bubble Rice/Badan dan gaul rata
3) Campurkan semua dan gaul guna senduk. Jangan pakai mesin mixerr nanti cornflake hancur.
4) Kalau nak lagi sedap letak 1 biji gajus bakar dalam papercup baru letak adunan cornflake.
5) Letak papercup dalam acuan supaya cantik bulat - para oven bawah sekali 150 'C - timer 30 minit
CRUNCHY CORNFLAKES MODIFIED 2 (TAWAR)
60 g Buttercup
60 g Madu
50 g Gula Icing
200 g Cornflakes
220 g Bubble Rice
120 g Kacang
Masuk dalam dulang terap 4 segi.
Cubaan buat banyak (2/6/2012)
125 g Buttercup
125 g Madu
125 g Gula Icing
500 g Cornflake
500 g Bubble Rice
250 g Badam Potong ) bakar
Kacang Tanah Besar Tanpa Kulit (sebiji sepetak) - try sedap ke? ) kejap
SARANG SEMUT TEPUNG KASTAD
125 g Buttercup
40 g Gula Icing (mesti guna Gula Icing)
125 g Tepung Gandum (cap Teratai Hijau)
125 g Tepung Kastad
Coklat Rice (utk tabur atas biskut sebelum dibakar)
1) Cream butter dan Gula Icing
2) Ayak Tepung Gandum dan Tepung Kastad together
3) Campurkan/ketul-ketulkan dan sagat pada sagat tajam berlubang ke dalam papercup
4) Sementara menyagat adunan selebihnya masukkan dalam plastik simpul supaya adunan tak kering
5) 1 papercup = 5 gm adunan
6) JANGAN TABUR coklat rice atas die sampai tutup litup. Tabur sikit sahaja sebab Coklat Rice tak sedap.
IKAN MASAK ASAM REBUS (ISNIN)
2 ekor Ikan kembung/ selar/ bawal / tenggiri
2 tangkai cili merah )
5 tangkai cili padi )
1 cm kunyit hidup )
3 biji bawang merah ) Tumbuk
2 ulas bawang putih )
1 cm halia )
1 cm belacan )
5 tangkai cili padi )
1 cm kunyit hidup )
3 biji bawang merah ) Tumbuk
2 ulas bawang putih )
1 cm halia )
1 cm belacan )
1 batang serai – diketuk ) Rebus
2 cawan air ) 10 minit
1 asam keping ) Rebus
Sedikit daun kesum ) 3 minit
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun kesum ) 3 minit
Garam dan gula secukup rasa
Tutup api dan hidangkan bersama nasi, kalau nasi panas-panas lagi sedap…
Pertama kali buat nasi tomato, tiba-tiba jatuh cinta pulak. Tak pernah masak dalam kuantiti yang banyak. Cuak juga kalau-kalau nasi mentah, tapi it turn up okey. Sedap jugak. Here's the recipe.
Nasi Tomato Cun
1/2 cawan Minyak Sapi
1/2 cawan Butter
2 paket Penumis
10 biji Bawang Kecil
2 biji Bawang Besar Kuning
10 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
4 helai Daun Pandan
2 biji Tomato (Cincang cube kecil-kecil)
Segenggam Raisin
2 tablespoon Garam
1 tin Tomato Sup Heinz
2 kilo Beras Basmathi
3 litre Air
1. Tumis Bawang Merah dahulu, Kemudian Bawang Putih. Masukkan Halia dan Penumis serentak.
2. Kemudian Daun Pandan dan bubuh air dan Tomato Cincang. Masukkan Garam.
3. Masukkan Tomato Sup.
4. Basuh beras dan campurkan sekali. Masukkan Raisin dan tanak api biasa.
5. Bila dah hampir kering, jangan sampai berkerak, masukkan ke dalam periuk kukus.
8hb Mac 2011 - hari ini aku belajar buat Swiss Roll dari Jabatan Pertanian.
tapi kita cerita pasal kek buah dulu ok...
KEK FRUITMIX BAKAR
250 gm Butter (suhu bilik) } Pukul hingga putih
250 gm Gula Kastor } dan kembang
5 biji Telur grade A } Campur dan terus pukul hingga kembang dan gebu
1 s/teh Glycerine - utk lembutkn Kek Buah/Kek Butter
1 s/teh Caramel Black - utk buat warna adunan gelap sikit
2 gm Esen Vanilla
375 gm Mix Fruit } rebus sekejap - 15 minit
250 gm Tepung - 3/4 bahagian sahaja } campur dan
5 gm Serbuk Penaik } ayak sekali
1/4 bahagian Tepung ) Gaul rata dan
1/2 bahagian mixed fruits ) fold ke dalam adunan yang dah siap dipukul
1/2 bahagian mixed fruits tu untuk tabur atas kek sebelum dibakar.
Baking tin - 6X3X3
: dinding sekililing baking tin - sapu shortening sikit-sikit je
: lantai baking tin - sapu shortening untuk lekatkan kertas minyak
: kertas minyak lebarnya tutup lantai saja tak payah sampai ternaik kat dinding (muat-muat lantai je)
: kertas tu lekatkan ke baking tin menggunakan shorterning...
: atas kertas tracing paper tak payah sapu apa-apa. Just leave it as it is.
NB: Mesin mixer on motor jangan lebih 1/2 jam
Suhu membakar atas/bawah 180'C selama 35 -40 minit
PETUA MEMBAKAR KEK - sewaktu membakar oven hanya boleh dibuka selepas 10 minit membakar...
Letak para bawah sekali. Jangan terlebih masak nanti kek keras. Kek kalau terlebih masak akan merekah
Kek yang sudah dimasak jika dibungkus seal dengan plastic atau plastic wrap (airtight), boleh tahan 1 minggu di room temperature.
Kalau dalam chiller, boleh tahan lebih lama.
Roti setiap kali kita nak naikkannya mesti ditutup dengan kain lembab supaya doh tidak menjadi keras dan kering
Tepung yang paling baik untuk membuat kek adalah TEPUNG BERPROTIN RENDAH cap Teratai Hijau diayak bersama serbuk penaik atau soda bikarbonat
Untuk kek span dan chiffon - minyak sayuran paling sesuai....
SWISS ROLL
14 biji telur - grade A )
200 gm gula kastor ) pukul hingga gebu
60 gm ovelette ) jgn kurang dari 10 minit
6 gm esen vanilla )
NB: mesin mixer yg baik boleh on hingga ½ jam
220 gm tepung )
8 gm baking powder ) ayak rata dan fold ke dlm adunan
60 gm tepung jagung )
NB: tepung gandum paket cap Cempaka adalah tepung rendah protein
200 ml minyak jagung ) masuk mesti last sekali dan putar kejap je…
Sapu shortening pada dulang untuk melekatkan kertas minyak ke dulang supaya tak beralih. Ratakan sekali tepi-tepi die..Lapisan atas kertas minyak tak payah sapu shortening.
Curah adunan ke dulang anggaran 1/2 inci tebal. Ratakan.
Bakar suhu 180'C atas/bawah 15- 20 minit sahaja. Letak para bawah sekali.
Jangan terlebih masak nanti kek keras tak boleh digulung. Kek kalau terlebih masak akan merekah.
NB: Mesin mixer - on motor jangan lebih 1/2 jam
Bakar atas/bawah 180'C
PETUA MEMBAKAR KEK - sewaktu membakar oven hanya boleh dibuka selepas 10 minit membakar...
Letak para bawah sekali. Jangan terlebih masak nanti kek keras. Kek kalau terlebih masak akan merekah
Kek yang sudah dimasak jika dibungkus seal dengan plastic atau plastic wrap (airtight), boleh tahan 1 minggu di room temperature.
Kalau dalam chiller, boleh tahan lebih lama.
PETUA MEMBAKAR KEK - sewaktu membakar oven hanya boleh dibuka selepas 10 minit membakar...
Kek yang sudah masak longkahkan tepi-tepi kek dengan pisau dan ditelangkupkan atas kertas minyak sebaik sahaja keluar daripada oven. Jangan tunggu sampai kek sejuk... nanti kek tu mendap...
Hari ni belajar buat Coconut Shake dan macamana nak buat Pearl.
KELAPA SHAKE
1 cwn Isi Kelapa Muda - (isi mesti lembut baru sedap)
½ cwn Air Gula - (1 kilo Gula + 1 litre Air + Daun Pandan)
3 scoop Aiskrim - (Vanilla flavor)
½ cwn Air Gas - (Aiskrim Soda)
Ais - (Penuhkan blender)
NB: Blender semua hingga halus. Scoopkn aiskrim. Bubuh pearl.
CARA MEMBUAT PEARL
1. Tak payah basuh.
2. Rebus 1 jam.
3. Bilas dgn air biasa.
4. Rendam ke dalam Air Gula
Subscribe to:
Posts (Atom)
