TEPUNG GANDUM TULEN (WHOLEMEAL FLOUR)
Teknik menguli roti mestilah tepat dan gunakan :-
400 g tepung tinggi protin/tepung roti
100 g tepung red rose/gandum
Bakar roti pada suhu 200 C selama 15-20 minit bergantung kepada saiz roti.
Jika roti putih yg dibuat sandwich, mengambil masa 45 minit.
Tepung paling halus ialah superfine flour (dlm kotak) tapi boleh diganti dengan tepung gandum/tepung serbaguna.
Adunan roti akan naik dengan mudah jika ditutup dengan plastik.
Yis basah/segar (selalu diletak di tempat dinginbeku/frozen)
- 20 gm yis segar = 10 gm yis segera.
- Yis segera boleh dicampur terus ke dalam tepung
- Yis segar perlu dinaikkan dulu dengan mencampur bersama air suam bergula.
Compressed yeast (frozen) - Paling sesuai untuk roti
- Biar berbuih dalam campuran air hangat dan gula sebelum disatukan dengan bahan lain.
- Jika jenis ‘granules’ atau berbiji, pastikan ia baru dan aktif.
YIS YANG BERLEBIHAN
- - doh terlalu kembang kemudian kempis semula
- - bentuknya tidak dapat bertahan kerana sukatan yis tidak setimpal/sepadan dengan gluten di dalam tepung