Tepung Roti berbeza dengan Tepung Kek. Didalam kandungan Tepung Roti terdapat bahan2 pelembut yang dikawal oleh KPDN & HEP, dimana pelembut ini akan membuatkan roti menjadi gebu dan lembut. Tetapi bahan tersebut kurang berkesan kerana pengguna perlu membuat penambahan bahan pelembut(Bread Improver) agar roti yang dibuat menjadi lebih berkualiti lagi. Bahan pelembut yang selamat adalah bahan pelembut buatan sendiri iaitu water roux.
Di dalam pasaran sekarang terdapat beberapa jenis Cap Tepung Roti yang digunakan dalam industri Bakeri.
Antaranya:-
Cap Bangau/Cap Timbang - Biasa digunakan oleh kedai Bakeri : Harga pasaran RM 64/25kg
Cap Diamond/Cap Gunung Mas - Biasa digunakan oleh hotel : Harga pasaran RM 66/25 kg)
Cap Kuda - Untuk pasaran Sabah, Labuan & Serawak
GULA
Gunakan gula halus atau PX sugar, kalau rajin "Blender" gula tu agar semasa membuat adunan, gula akan hancur. Jika gula tidak hancur, dough roti akan jadi mengerutu dan apabila dibakar roti akan jadi keras.
BREAD IMPROVER
Digunakan untuk melembutkan dan meringankan roti.
Nama lain bagi Bread Improver adalah:
Gunakan gula halus atau PX sugar, kalau rajin "Blender" gula tu agar semasa membuat adunan, gula akan hancur. Jika gula tidak hancur, dough roti akan jadi mengerutu dan apabila dibakar roti akan jadi keras.
BREAD IMPROVER
Digunakan untuk melembutkan dan meringankan roti.
Nama lain bagi Bread Improver adalah:
1. Bread Softner
2. Softner
3. Modular Softner
4. Magi Pro
5. S 5006. Voltex (cecair)
MARGERINE/BUTTER/SHORTENING
Penggunaan bahan tersebuat adalah untuk menambat ikatan struktur dalaman dough, agar menjadi roti yang berkualiti apabila dibakar. Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan disini, mengenai roti jika menggunakan bahan2 tersebut:*
Margerine - kebanyakan pengusaha bakeri menggunakan margerine apabila membuat Bun dan menggunakan Shortening untuk membuat Sandwich Bread. Jika menggunakan Margerine, pengguna tidak perlu menyapu telur pada dough sebelum dibakar, selepas dbakar, dimana Bun masih panas, sapukan Butter atau Appricot glaze, untuk mengilatkan Bun sebelum di pamerkan.
* Shortening - Lemak Sayuran. Kebanyakan pengusaha bakeri menggunakannya apabila membuat roti besar seperti Potatoes Braed, Garlic Bread, Sandwich Bread atau Whole Meal Bread. Sebelum dibakar, hendaklah dough roti tersebut disapukan Telur agar hasilan nya tidak kelihatan pucat.
TELUR
Telur yang kulitnya berwarna putih kadar putihnya lebih tinggi.
Telur yang kulitnya berwarna putih kadar putihnya lebih tinggi.