Wednesday, December 19



KHASIAT KUNYIT

KHASIAT KUNYIT


Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angi dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.

Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Di Malaysia, kunyit yang digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.

Salah satu kuasa penawar alami kunyit ialah kandungan tinggi antioksiden, antaranya ialah vitamin C dan E, dan juga karotenoid (carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin dan kompaun curcuminoids. Oleh sebab curcumin ialah antioksiden yang mujarab, ia membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri, dinamakan atherosclerosis, antara penyebab utama serangan jantung.

Kunyit mengurangkan paras kolesterol darah dengan menstimulasikan pengeluaran ‘bile’. Ia juga menghalang pembentukan ketulan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Kunyit juga membantu jantung dengan cara menghalang platelete , iaitu sel-struktur kecil dalam darah, daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).


Cara pengambilan:
1. suplemen curcumin boleh dibeli di farmasi

2. gunakan kunyit dalam masakan harian

3. ambil kunyit sebesar ibu jari. Kupaskan kulitnya dan dicuci hingga bersih. kemudian diparutkan dan diperah hingga mengeluarkan airnya. Campurkan air perahan kunyit itu dengan 1 sudu madu dan suku sudu teh lada hitam. Minumlah ramuan ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. InsyaAllah ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi

Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya  mempunyai peranan tersendiri. Daunnya membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Bagi masyarakat India, kunyit dijadikan bahan  utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan tradisional.

         Setiap masyarakat mempunyai kepercayaannya tersendiri mengenai khasiat kunyit dalam kehidupan seharian. Peranan kunyit dalam perubatan telah dikenal pasti sejak 3000 tahun lalu.

          Bagi masyarakat Melayu kunyit juga dimunum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan  untuk merawat bisa patukan ular tedung.

         Dalam ilmu perubatan Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit.

         Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non steroidal.

ISNIN, 3 JANUARI 2011

Khasiat Bawang Putih (Allium sativum)



Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.
Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darahdan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.



Garlic telah digunakan sejak turun temurun untuk tujuan kesihatan. Persoalannya adakah ia benar-benat berkesan sebagaimana yang dikatakan ? Antara penyakit yang dikatakan boleh dibantu dengan pengambilan garlic ialah penyakit cardiovascular system dan kanser.

Antara bahan aktif garlic ialah :
  • alliin – dalam garlic yang segar
  • allicin
  • diallyl disulphide (ia mengeluarkan bau seperti sulfur menyebabkan ada orang yang tidak suka mengambil garlic)
  • ajoene
Garlic juga mengandungi pelbagai bahan yang lain. Dianggarkan lebih 200 bahan terdapat dalam garlic termasuklah selenium (sejenis anti-oksident), kalsium, vitamin B, C dan sebagainya.

CVD (Cardiovascular disease)

Garlic telah didapati membantu dalam perkara-perkara ini :
  • mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dan triglycerides (lemak di dalam darah). Garlic juga mungkin meningkatkan kolesterol baik (HDL). Bagaimanapun ada kajian mendapati kandungan kolesterol menjadi bertambah tinggi selepas pengambilan garlic. Ini adalah disebabkan kolesterol yang telah melekat di saluran darah (atherosclerosis) dikikis oleh garlic dan kolesterol ini masuk ke dalam saluran darah. Ini membuktikan keberkesanan garlic dalam mengurangkan atherosclerosis – sila lihat di bawah.
  • mengurangkan kemungkinan darah menjadi beku (blood clot). Pembekuan darah adalah tinggi disebabkan cara hidup moden seperti kerana pencemaran udara, merokok, tekanan perasaan kerana kerja dsb, pemakanan yang banyak lemak dsb.
  • membantu mencairkan blood clot yang sedia ada. Ini mengurangkan risiko mendapat angin ahmar (stroke).
  • mengurangkan berlakunya proses atherosclerosis.
  • mengurangkan tekanan darah. Ia berlaku kerana beberapa sebab :
    • garlic membuang bakteria yang tidak baik dari usus. Bakteria ini boleh menyebabkan tekanan darah naik.
    • garlic mempunyai kesan diuretik iaitu pembuangan air dari badan. Ini menurunkan tekanan darah.
    • garlic menyebabkan prostaglandins (sila lihat rencana mengenai evening primrose oil) meregangkan (relax) saluran darah dan ini juga mengurangkan tekanan darah.
Antara produk lain yang baik untuk pesakit CVD ialah Lecithin, Vitamin E dan Minyak Ikan (mengandungi EPA dan DHA). 

Kanser

Garlic mungkin sangat baik untuk membantu mengawal kanser. Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain.
Garlic melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya.
Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.

Kelebihan-kelebihan lain
  • Garlic sering diambil bersama-sama Horseradish untuk merawat masalah resdung, selsema dan sinus.
  • Garlic memperbaiki penghadaman anda. Ia berupaya membunuh bakteria yang tidak baik di dalam perut dan usus. 
  • Garlic membantu bagi mereka yang bermasalah membuang air (sembelit).
  • Sulfur di dalam garlic mempunyai ciri-ciri antibiotik dan antifungus dan ini baik untuk masalah kulit seperti psoriasis dan jerawat.
  • Garlic telah digunakan dengan jayanya dalam masalah rheumatoid arthiris (sakit sendi).
  • Garlic baik untuk pesakit kencing manis kerana ia boleh mengurangkan kadar gula.
Salah satu bahan aktif garlic, ajoene, didapati berupaya menghalang pencernaan lemak dengan membantutkan tugas enzim lipase, iaitu enzim yang bertugas memecahkan lemak sebelum ia diserap. Oleh itu lemak tidak diserap. Bagaimanapun kajian tersebut dijalankan secara in vitro (in vitro bermakna di luar badan manusia). Pembantutan tugas lipase adalah cara bekerja sejenis ubat kurus yang terbaru di pasaran (Xenical). 
Penyakit Yang Dapat Diubati :

Hipertensi, Asma, Batuk, Masuk angin, Sakit kepala, Sakit kuning; Sesak nafas, Busung air, Ambeien, Sembelit, Luka memar, Abses; Luka benda tajam, digigit serangga, Cacingan, Sulit tidur (Insomnia);

Cara-cara Penggunaan :

1.Hipertensi
Ambil > 2-3 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah, lalu ditelan sambil minum air hangat. Lakukan 3 kali sehari. B > Bawang putih dibakar sampai matang, makan. Dua hari pertama makan 6 ulas selanjutnya selama seminggu makan 2 ulas.

2.Sakit kepala
Umbi bawang putih dilumatkan, lalu borehkan pada dahi.

3.Flu
Bawang putih, bawang merah, jahe dengan takaran yang sama dikupas, cuci, seduh. Tutup selama 15 menit, sisihkan jahenya, makan bawang merah, bawang putih, minum airnya.

4.Disentri
2 ulas bawang putih dikupas, cuci, rebus dengan segelas air. Minum sebelum makan. Lakukan 3 kali sehari, selama 2-3 hari.

5.Batuk rejan dan bronkhitis
30 gram bawang putih, kupas, cuci, lumatkan, campur dengan gula batu dan segelas air matang, diamkan selama 5-6 jam. Minum 1 sendok makan penuh setiap hari selama beberapa hari.

6.Borok
2-3 ulas bawang putih dikupas, cuci, lumatkan, campur dengan 1 sendok minyak kelapa sampai rata. Oleskan pada bagian yang bengkak.

7.Luka kena benda tajam berkarat
Bawang putih dikupas, cuci, bakar, celupkan ke dalam minyak kelapa, lumatkan. Oleskan pada bagian yang luka.

8.Cacingan
3 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah sampai halus, telan dan minum air hangat. Lakukan 1-2 kali sehari.

9.Nyeri haid
2 ulas bawang putih dikupas, kunyah halus, telan. Minum 2 sendok makan air hangat. Lakukan 2 kali sehari.

10.Migrain
2 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah perlahan sampai lumat lalu telan dan minum air hangat. Lakukan 2 kali sehari.

11.Perut kembung
2 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah perlahan sampai halus, telan lalu minum air hangat. Lakukan 3 kali sehari.

12.Bisul yang baru tumbuh
1 ulas bawang putih, kupas, cuci, belah. Oleskan pada bisul yang baru timbul. Lakukan berkali-kali.

13.Sakit maag
Bawang putih laki-laki (yang tumbuh sendiri, tunggal, tidak bergerombol) , dikupas, cuci, kunyah. Lakukan 3 kali sehari.

14.Asma, batuk, masuk angin
3 ulas bawang putih dikupas, cuci, lumatkan. Beri 1 sendok makan madu dan gula batu yang sudah dicairkan. Campurkan semua bahan, aduk rata, saring. Minum setiap pagi sampai sembuh.

15.Mengeluarkan serpihan kaca, kayu/duri
Bawang putih dikupas, cuci, lumatkan.. Tempelkan pada bagian yang dimaksud.

16.Ambeien
Bawang putih dikupas, cuci, lumatkan, peras, oleskan airnya di sekitar anus setiap hari.

17.Cantengan
Cuci 2 ulas bawang putih yang sudah dikupas dan 2 kemiri. Lumatkan dan beri garam dapur. Tempelkan pada kuku yang bengkak, balut. Ganti sehari 2 kali, pagi dan sore.

18.Digigit serangga beracun
6 ulas bawang putih dikupas, cuci, lumatkan, oleskan pada bagian yang disengat, balut.

Sebaiknya bawang putih tidak dimakan mentah, karena mengganggu lambung, lebih baik direbus, digoreng, atau dipanggang lebih dulu.

 Perkara-perkara lain
  • Garlic yang tidak berbau (odourless garlic) tidak mengandungi bahan aktif sulfur. Ini mungkin mengurangkan keberkesanan garlic tersebut.
  • Pengambilan garlic untuk jangkamasa yang lama dan dalam dos yang tinggi perlu untuk mendapatkan kesan yang baik.
  • Kesan sampingan garlic termasuklah ketidakhadaman yang berlaku pada individu tertentu dan bau mulut menjadi ‘busuk’ – terutamanya kepada mereka yang tidak suka garlic.
 Sumber: Wiki

RABU, 3 NOVEMBER 2010

Khasiat Barli

Khasiat Barli 




Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirinterawal dan paling penting pada ketika itu.

Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran.Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadiikan sebagai makanan haiwan ternakan. 

Kajian klinikal di Australia, Kanada dan amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.  

Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ' waxy' lebih tinggi kandungan beta glucan daripada jenis barli lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggung jawab dalam menigkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagaiantioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Barli mengandungi tokol yang tinggi. Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin Bdan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsang penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di Englad melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromuim.Pesakit diabetes perlu mngawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku. 



Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembutKadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijiran barli ini tidak diberikan kepadaibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan pengaliran susu.

Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli ( rebusan air barli dalam air ).Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan

Malah dikatakan dikatakan jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hamper 5 kali besi dalam bayam, 7 kali vitamin c dalam oren dan 80 mg vitamin B 12 daripada 100 gram barli

Bagi penyakit serius seperti arthritis dan barah, pengambilan jus ramuan daun barliyang berwarna hijau atau yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa dua jam selepas makan kepada 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik. Cara ini dapat membiarkan enzim diambil secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah di mana ia digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh. Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Bahan kimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes. 

secara ringkasnya, barli berkhasiat untuk:
  • mencegah/mengurangkan risiko Sembelit
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Mencegah kanser
  • Mengurangkan risiko kencing manis
  • Menyejukkan badan
  • Memelihara buah pinggang.
  • Melawaskan kencing.
  • membantu melancarkan penghadaman.
     

Thursday, December 13

LEMPUK DURIAN celup Coklat

1 kilo               Isi Durian
200 g              Gula Pasir
1 suduteh       Garam

-  Kacau dengan api kecil dalam periuk non-stick hingga lempuk masak dan tidak melekat lagi pada periuk.

-  Ambil sikit lempuk dan letak kacang bakar ditengahnya dan bulat-bulatkan.  Celup coklat cair dan letak dalam papercup.



Saturday, September 29

Ammonium bicarbonate which can be also substituted by Potassium bicarbonate because the anion is the important part for the baking which is the same in both compounds.

Baking powder is made from 2 parts Baking Soda and 1 part Cream of Tartar.

-  Ammonium Biocarbonate is activated when :-
1)  it is added to a dough or batter mixture
2)  it is warms to room temperature/baked.
     Heat is the catlyst to activate the chemical reaction and the gases. 
     The chemical reaction releases an ammonia gas that causes the baked goods to rise. 

-  Ammonium Biocarbonate should be stored in an airtight sealed container such as a glass jar with an airtight lid.  When properly stored in a cool dry area, Ammonium Bicarbonate can last for several years.  If stored in a warm or damp area where air can reach the powder, this substance begins to clump together as the particles go through a chemical reaction, which will affect the flavor adversely when baked goods use the air-exposed Bicarbonate. In addition, when exposed to air, the Ammonia may begin to evaporate from the powdered Bicarbonate substance. 

-  When a recipe suggests the use of Ammonium Bicarbonate, equal amounts of baking powder can be substituted if necessary. 

-  To determine if Bicarbonate is still active, add a spoonful of the powder to a cup containing lemon juice or vinegar and see if it fizzes. 

-  Stale Ammonium Bicarbonate will be flat and will not fizz when combined with the vinegar or lemon juice.




Bun:
8g instant dry yeast
160ml lukewarm water
½ tsp white vinegar or lemon juice (optional)
280g low-protein Hongkong flour
100g wheat starch
90g icing sugar
30g shortening or vegetable oil
10g baking powder
10ml cold water
1.  Sift together flours and icing sugar. 
2.  Place sifted flour mixture in a large mixing bowl and, 
3.  Make a well in the middle.
4.  Fill well with lukewarm water, vinegar and yeast. 

5.  Use a spatula, gently stir the water to dissolve the yeast then slowly bring together flour mixture.
6.  Uli hingga tepung sebati sehingga bila tarik macam chewing gum tak putus.
7.  Add in shortening or oil and knead for 10-15 minutes until soft dough is formed. 

8.  It should be smooth on the surface.
9.  Cover dough with damp cloth and let it rise for 30 minutes or until it is doubled in size.
10.Dissolve baking powder in COLD WATER, sprinkle over dough and knead until well combined.

11.There is no need to rest the dough after adding in baking powder, but if time allowed, rest it for 10 minutes or so to get fluffier buns.


PAU FROZEN (modified)
special pow flour (Hong Kong) RM6.40 sekilo

 450 g     Tepung HongKong
 230 g      Air                        
1  tbsp     Susu Pekat Manis
  5  tsp     Yeast   (6 g)              

Uli 1st                -    Uli hingga rata
Ferment  1st      -    30 minit

300 g       Tepung Hong Kong                                        
100 g       Gula Castor                                                    
2 tbsp       D/A Baking Powder  
  40 g       Shortening                                          
  1 tsp       Bread Softener   (4 g)                                
                                                                                       
100 g                              Air                                 )                              
1/3 rata sudu 1/4 tsp      Ammonium Carbonate   )  Larutkan rata-rata
 1 tsp                              Garam                           )                                

Uli ke 2           -  20 minit
Ferment 2      -  30 mnit
Bulatkan         -  20 g
Ferment 3      -  30 minit
Steam            -   Besar 15 minit
                          Kecil 8 minit

AIR KUKUS MESTI MENGGELEGAK
JANGAN OVERSTEAM NANTI PAU KUNING

CARA MENGUKUS PAU FROZEN:

Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu 'defrost' (api sederhana).


PASTIKAN:

  • Masa buat doh pau tu...make sure uli sampai doh kenyal (mcm getah yg elastik...ditarik xputus)
  • Kadang2 ada yg xtau cmne nk rendam yis supaya kembang dgn cantik...time rendam yis..make sure tambah gula lbh kurg 2 sudu kcil dn gaul terlebih dahulu hingga rata..baru masukkan  air SUAM2 KUKU...tutup bekas merendam yis tu..jgn bg terdedah...kalau yis yg ok..patutnya..3mins dh kembang cantik...
  • Buat inti dulu baru buat doh...kalau rs2 nk mkn pau esok hari...mlm ni buat inti dulu n sejukkn dlm peti ais...esok panaskn je kjap b4 masukkn dlm doh..(jimat masa)



Notes:
1.  Cover dough with damp cloth and let it rise for 30 minutes or until it is doubled in size. 
2.  Dissolve baking powder in cold water, sprinkle over dough and knead until well combined.
3. There is no need to rest the dough after adding in baking powder, 
     BUT  if time allowed, rest it for 10 minutes or so to get fluffier buns.
4.  If there are yellowish spots on the steamed buns, 
     IT MEANS the baking powder is not fully dissolved.
5.  Steamer must be preheated otherwise bun would not rise to the volume as it should be.
6.  Arrange buns into a steamer, leave about 1” gab in between buns. 
7.  Spray the surface of bun with water mist helps to produce buns with smooth surface after steamed.Spray water mist over buns, and steam in a preheated steamer on high heat for 12 minutes.
8.  Adding a few drops of white vinegar into steaming water will produce whiter buns, but this is optional. 
9.  DO NOT open the lid during the steaming process.
10.Remove buns from steamer and cool on rack to prevent soggy bottom.



Friday, September 28

PAU FROZEN

 450 g     Tepung HongKong)
230 ml     Air                         )   Uli rata dan rest 30 minit hingga kembang
1  tbsp     Susu Pekat Manis ) Dah kembang campur dgn  bahan di bawah
  5  tsp     Yeast                    )

300 g       Tepung Hong Kong                                           )
180 g       Gula Castor                                                       )
  40 g        Shortening                                                        )   Uli 20 minit dan
2 tbsp       D/A Baking Powder                                            )   rest 30 minit
  1 tsp       Bread Softener                                                  )    dah kembang
                                                                                           )  bulatkan 20 g
100 ml      Air                                )                                     )
1/2 tsp     Ammonium Carbonate   )  Larutkan rata-rata     )
    sikit      Garam                           )                                    )

Steam         - Besar 15 minit
                     Kecil 8 minit

AIR KUKUS MESTI MENGGELEGAK
JANGAN OVERSTEAM NANTI PAU KUNING
PAU ROTI

25 g        Tepung Pau   )   kacau rata dan masak dalam double-boiler
125 g      Air                  )   sejukkn put inside plastic wrap bowl supaya x dry

220 g      Air        (240 g)
65 g       Gula      (50 g)
30 g        Minyak Canola
4 g          D/A Baking Powder  (6 g)    1 sudu teh
475 g      Tepung Pau
6 g          Yeast

FROZEN

Sejukkan dulu baru bekukan satu2 supaya tak melekat bila dah beku baru packing.

CARA MEMASAK SEMULA

Keluar dari freezer terus kukus api sedang.  Tak payah defrost.

Thursday, June 28



PES NAM PRIK PAO (PES TOMYAM)



·      3/4 cawan                                Minyak Masak


·      1 ½ cawan                               Hirisan bawang merah - Goreng garing
·         atau
·      1 ½                                          Bawang Goreng


·      1 cawan                                   Hirisan bawang putih  (30-40 ulas)
(Goreng dengan sikit je minyak)


·      25-30                   Cili Kering )  Goreng Kering
·      1/4 sudu (tbsp)    Garam       )  Tanpa Minyak  & kisar halus


·      1/2 cawan            Udang Kering  -  Goreng Kering & kisar halus


·      2 ½ atau 3 sudu besar (tbsp)     Air Asam Jawa Pekat

·      1-2 sudu                                     Sos Ikan - mengikut rasa

·      1 inci                                           Kiub Belacan  basah  -  bakar


·      1/3 – 1/2 cawan         Gula melaka (mengikut rasa    )  bancuh &
·      2 sudu besar              Air                                           )  tapis


2 1/2 cawan               Air



-      Campur semua dan gaul rata

-      Kisar sehingga halus.

-      Tumis guna baki minyak bawang putih + minyak yang lebih tadi. 

-      Goreng sehingga sambal pecah minyak.

-      Sekiranya terlalu pekat sambal anda tambah sedikit air jika perlu.

-      Pes Nam Prik Pao anda telah siap. Masukkan dalam botol yang bersih dan tutup.

-      Boleh digunakan sehingga tempoh 3-4 bulan pes ini.



Friday, May 25



CARTA SUKATAN ZZA

                                                                                                            Padat

Gula                          :     1  cawan         =     200 g                       
Gula Halus              :     1  cawan         =      200 g
Gula Perang            :    1  cawan          =     120 g                        140 g
Tepung Gandum     :   1  cawan           =     125 g            
Tepung Jagung       :     1  cawan         =       95 g - 120 g
Potato Starch           :     1 cawan          =     100 g
Oats                          :     1  cawan         =       75 g
Cornflakes               :     1  cawan         =       44 g
Rice Bubbles           :     1  cawan         =       20 g
Air                             :     1  cawan         =     220 g
Butter                        :     1  cawan         =     206 g
Cocoa                        :     1  cawan         =     100 g
Cocoa Powder            :     1 tblspoon        =       5 g       
Putih Telur (B)        :     1  biji              =       30 g