Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Friday, May 25
Pertama kali buat nasi tomato, tiba-tiba jatuh cinta pulak. Tak pernah masak dalam kuantiti yang banyak. Cuak juga kalau-kalau nasi mentah, tapi it turn up okey. Sedap jugak. Here's the recipe.
Nasi Tomato Cun
1/2 cawan Minyak Sapi
1/2 cawan Butter
2 paket Penumis
10 biji Bawang Kecil
2 biji Bawang Besar Kuning
10 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
4 helai Daun Pandan
2 biji Tomato (Cincang cube kecil-kecil)
Segenggam Raisin
2 tablespoon Garam
1 tin Tomato Sup Heinz
2 kilo Beras Basmathi
3 litre Air
1. Tumis Bawang Merah dahulu, Kemudian Bawang Putih. Masukkan Halia dan Penumis serentak.
2. Kemudian Daun Pandan dan bubuh air dan Tomato Cincang. Masukkan Garam.
3. Masukkan Tomato Sup.
4. Basuh beras dan campurkan sekali. Masukkan Raisin dan tanak api biasa.
5. Bila dah hampir kering, jangan sampai berkerak, masukkan ke dalam periuk kukus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment